Semalam terajin sikit lepas kecewa ngan pasukan bola sepak negara..terus ke dapur buat cheese cake..huhuhu..try la bawak kat ofis hari ni, semua cikgu2 cina puji sedap...siap ada yang nak oder lagi..hehehe..maaflaa fara xnak jual la cheese cake ni..kosnyer mahal.xtahu nak jual kat korang brape ...kalau letak harga mahal2 kan xmo beli plak kan...korang layan je gambar ni siap dgn resepi lagi fara bagi...= ) resepi ni fara dapat dari http://www.myresipi.com/top/detail/507.com . korang semua patut cuba..cepat,senang lagi sedap....
Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )
- :: BASE ::
120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
- 120 g mentega cair
- :: FILLING ::
(A)
2 biji kuning telur
- 120 g gula
- 160 ml susu
- (B)
250 g cream cheese
- 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
- 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]
- 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
- Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
- 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)
Cara-cara
- BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.
- Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]
- Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
- Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam
- :: Variasi Satu ::
kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g
- :: Variasi Dua ::
kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas
No comments:
Post a Comment