Tuesday, May 31, 2011

tq kak lin...order kak lin tlh disempurnakan

                                        coklat kotak love
                                                 

                                         RM48 SAHAJA(termasuk hiasan riben)
Coklat kat atas ni di order oleh kak lin untuk anak buahnya.temanya biru turquoise.. coklat yang dia order semua perisa ada..jenuh jugak nak buat semua filling ni..huhuhu..tp akhirnya bjaya jgk disiapkan..dan itulah hasilnya..nanti fara upload plak gambar coklat ni yang siap di rebenkan...:).smlm blum smpat nak gubah lagi...sedia untuk menerima tempahan lain..........

Sunday, May 29, 2011

HASILNYA!!!

                


                                      coklat praline pelbagai calour n perisa....
                                            RM28/pc sahaja
                                 coklat berperisa coffee/mocha dan peppermint

                                        yang ni pulak untuk  kawan cikgu hayati
                             perisa peppermint n almold
                             RM40.00 sahaja


                             kena buat 2 kotak coklat untuk chinese new year...
                     tq mdm chock n mdm liew....lenkali order la lagi...
                     perisa yang diminta: strawberi, oren dan almold 

                                          kotak coklat bentuk love + coklat praline
                            RM48.00 SAHAJA...


Coklat ni kak ila yang order...






dua2 Coklat di atas di order oleh Cikgu Muslipa untuk isteri dan anak perempuannya..huhuhu..sweetnye la haii...
 Coklat Untuk  Ustazah Zaharah

dua2 coklat diatas ini plak untuk cikgu yati





SEDIKIT SEBANYAK INFO MENGENAI COKLAT

Coklat adalah makanan kegemaran paling popular di seluruh negara..Coklat ni melambangkan kegembiraan dan kasih sayang.Coklat ni bukan saje kanak-kanak je yg suka mkn tp remaja, org dewasa malah golongan veteran pun suka makan coklat ni..hmm.. sebenarnya ramai yg tak tahu coklat ni sebenarnya ada banyak keistimewaan khususnya untuk kesihatan.pengambilan coklat khususnya coklat hitam (dark chocolate) amat penting untuk kesihatan. Ini kerana, coklat hitam mengandungi antioksidan lapan kali lebih tinggi berbanding buah strawberi.
coklat  juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia boleh melancarkan aliran darah, mengurangkan risiko pembentukan darah beku dan memperbaiki tahap kolesterol, selain melindungi kerosakan dan keradangan sel. keistimewaan coklat hitam juga mampu menjadikan kulit wajah awet muda kerana mengandungi mineral dan vitamin A,C dan E, serta kemampuannya meningkatkan peredaran darah sehingga ke otak, sekali gus dapat merangsang ingatan menjadi lebih baik.

INFO: Kandungan Coklat

# Polyphenols - Antara kandungan utama dalam coklat yang berfungsi mencegah tengik.

- Menjadi penangkis kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan strok. Jangan risau, jika sekadar mengambil dalam kuantiti diperlukan.

# Theobromine - Sebaik menjamah coklat, individu akan berasa lebih bertenaga. Mata mengantuk secara automatik akan terbuka dek penangan bahan theobromine.

- Bagi individu yang diserang batuk, disyorkan mengambil coklat kerana dikatakan lebih mujarab daripada ubat batuk. Seperti teh yang digunakan untuk mencuci muka, kini coklat turut dijadikan pupur bagi menyegarkan kulit wajah.

# Phenylethylamine - Kandungan phenylethylamine memberikan rangsangan otak yang menghasilkan dopamine. Kesan kehadiran dopamine mencetuskan perasaan ceria dan tenteram hingga membangkitkan mood romantis. Justeru coklat sangat sesuai sebagai hadiah paling romantik.

# Antioksidan - Bagi individu yang risau dengan garis penuaan yang mula timbul di wajah, coklat barangkali boleh membantu. Sifat antioksidan mampu mencegah proses penuaan yang disebabkan kesan radiasi. Gaya hidup tidak seimbang dengan pilihan makanan segera yang diambil tanpa had juga menjadi penyumbang mempercepatkan proses berkenaan.